Skip to main content

Penilaian posisi

Bagaimana cara menilai posisi semasa? 

  1. Jumlah material 
 Cara yang paling mudah. Bandingkan dan kira berapa buah yang tinggal berbanding pihak lawan. 

  2. Kehadiran ancaman (Presence of Threats ) 
Ancaman merupakan 1 kaedah analisis yang penting dalam catur. Sekiranya kita lebih Queen tetapi pihak lawan mempunyai passed pawn yang tak boleh dihalang maka analisisnya boleh berubah. Kita tak boleh nak kata kita mempunyai kelebihan dalam posisi tersebut. 

  3. Keadaan posisi dan keselamatan 
Raja Raja adalah buah terpenting dalam catur . Sekiranya King kena checkmate dalam 1 pergerakan lagi maka kelebihan 3 Queen yang dimiliki oleh pihak lawan tidak bernilai sama sekali. 

  4. Kawalan open files dan diagonals 
Nilai berapa banyak open files dan diagonal dan siapa yang mempunyai kelebihan mengawal perkara tersebut. 

  5. Struktur pawn 
 Nilai struktur pawn di atas board. Pawn lemah, isolated pawn, backward pawn, doubled pawn, passed pawn dan sebagainya. Ini termasuk juga petak yang kuat dan lemah (strong and weak squares). Petak kuat sering dikenalpasti oleh petak yang tak boleh dikawal dengan pawn. 

  6. Space dan centre 
Pengawalan petak tengah adalah sangat penting. Siapa yang mengawal petak tengah biasanya dialah yang paling berkuasa. Ini kerana dari petak tengah kita senang untuk melancarkan serangan samada ke kiri atau sebelah kanan board. Begitu juga dengan space (kawalan ruang). Siapa yang mengawal ruang dengan lebih banyak maka dia senang untuk bergerak dengan bebas dan mempunyai option yang lebih banyak tentang bagaimana untuk menyusun buah dan mengatur strategi terhadap musuh. 

  7. Development dan aktiviti setiap buah 
Kedudukan setiap buah adalah sangat penting dalam catur. Kuda di a1 adalah kuda yang paling dungu. Manakala kuda di rank 6 mempunyai pengaruh dan kekuatan yang sangat luar biasa. Kasparov mengatakan bahawa kuda di rank 6 ialah Octopus. Seringkali pihak lawan sanggup menukar Rook untuk kuda bagi mengimbangi kekuatan serangan yang boleh dibuat oleh kuda tersebut. Begitu juga dengan buah yang lain. Kedudukan dan kuasa apa yang ada pada ketika itu sangat-sangat mempengaruhi penilaian terhadap posisi di ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

STRATEGI CATUR

Triangulation

This study is taken from lichess study which i have cloned. You may have to visit the url here to make the session interactive. Please note that you have to use a web browser. Android or iOS probably won't allow you to interact with the study.