Sekiranya King putih sampai dulu ke petak key square seperti yang ditandakan maka putih akan memenangi permainan. Hitam hanya boleh draw jika dia boleh halang putih daripada sampai ke petak key square.
Bagaimana cara menilai posisi semasa? 1. Jumlah material Cara yang paling mudah. Bandingkan dan kira berapa buah yang tinggal berbanding pihak lawan. 2. Kehadiran ancaman (Presence of Threats ) Ancaman merupakan 1 kaedah analisis yang penting dalam catur. Sekiranya kita lebih Queen tetapi pihak lawan mempunyai passed pawn yang tak boleh dihalang maka analisisnya boleh berubah. Kita tak boleh nak kata kita mempunyai kelebihan dalam posisi tersebut. 3. Keadaan posisi dan keselamatan Raja Raja adalah buah terpenting dalam catur . Sekiranya King kena checkmate dalam 1 pergerakan lagi maka kelebihan 3 Queen yang dimiliki oleh pihak lawan tidak bernilai sama sekali. 4. Kawalan open files dan diagonals Nilai berapa banyak open files dan diagonal dan siapa yang mempunyai kelebihan mengawal perkara tersebut. 5. Struktur pawn Nilai struktur pawn di atas board. Pawn lemah, isolate...
Comments
Post a Comment